Previous Exhibitions
Tiada Gambar Secantik Lukisan ...
Pameran Karya Impressionisme Abdul Razak Abdullah
23 Feb- 3 Mar 2005

Tiada Gambar Secantik Lukisan
- Satu Penghayatan
oleh: Rahime Harun
Bekas Ketua Pengarah, Balai Seni Lukis Negara
Tiada gambar secantik lukisan… nak ku tunjuk perasaan
Sebaris lirik lagu Tan Sri P. Ramlee ini amat signifikan dari aspek metafora dan interpretasi terhadap gagasan karya landskap Razak Abdullah. Pelukis ini sedar akan proses kekreatifan bagi melahirkan sebuah karya yang mempunyai hubungan peribadi.
Bermula dari fasa konsepsi idea yang disemai kemudian berputik dan mekar bersama teori estatik yang diolah dengan intuisi deria gerak hati (nak ku tunjuk perasaan). Rujukan peribadi terhadap pilihan subjek pemandangan diselenggarakan dengan pengamatan terhadap keindahan alam. Justeru pengalaman yang bersifat emotif ini dijelmakan pada kanvas-kanvasnya dengan pertimbangan estatik. Subjek-subjek ini pula bersandar kepada teori-teori deduktif atau selektif, dimana hak pilihan subjek didasari daripada pengalaman penbadi yang mempunyai naratifnya yang tersendiri.
Pemilihan inilah yang mewakili diri pelukis. Pengalaman rasa indah dirakam dengan perlaksanaan yang bersesuaian dengan teknik pilihan tersendiri. Maka lahirlah jati kreatif diri pelukis. Teknik perlukisan diperkukuhkan melalui palitan berus mahupun pisau palet dikendalikan mengikut pengaruh aliran pasca impresionme. Aliran ini mula dipelopori oleh pelukis Paul Cezanne (1839-1906). Fahaman aliran seni lukis moden ini bergerak di Eropah pada akhir abad ke 19 dan ia mula dipelopori oleh fahaman pointerlism (George Suerat) dan realisme dinamik atau impresionisme. Pelukis seperti Vincent Van Gogh, Monet, Renoir dan ramai lagi adalah di antara pelukis-pelukis yang sezaman yang telah memperjuang aliran impresionisme dan pasca impresionisme.
Dalam aliran impresionisme, seorang pelukis dianggap sahih proses pengkaryaan sekiranya imejan itu dilukis tanpa asas konstruksi garisan sebagai panduan. Malah pelukis boleh melukis secara langsung ketika berada di depan pemandangan tersebut.
Kemahiran mengendalikan perkakas lukisan dan catan membolehkan pelukis ini
mengendalikan subjeknya dengan berkesan. Kesan strok berus (brush stroke), kesan jalinan berus (brush marks), kesan palitan dan sapuan berus atau penggunaan pisau palet adalah di antara kesan-kesan yang terdapat pada karya-karya Razak Abdullah.
Unsur-unsur kualiti painterly yang menyebabkan olahannya begitu meyakinkan. Ciri-ciri kebijaksanaan mengendali bahantara dan teknik terserlah pada karya-karya yang berdasarkan kepada aliran yang didukung. Kebijaksaan inilah yang menjadi mercu tanda kekreatifan Razak Abdullah.
Laras keyakinan diti yang diperagakan melalui karya-karya Razak Abdullah terbukti terkawal walaupun kesan ketidaksengajaan berlaku pada dataran kanvasnya. Ciri-ciri inilah yang menambah lagi nilai estatik kepada karya beliau. Sebagai pelukis vang ingin mempertahan = aliran) = pasca’ = impresionisme bersama_ kesan-kesan — sentuhan ekspresionisme yang dinamik diiringi dengan gerak syarat (gesture) kesegarannya.
Razak Abdullah bukan sahaja menghasilkan karya-karya yang bersandarkan kepada aliran atau idea lama malah pelukis ini berupaya menonjolkan semangat baru atau ciptaan semula (reinvention) yang tulin terhadap disiplin seni representasi di persada seni lukis tanah air.